Thursday, 7 November 2013

"Pengertian HIJRAH Buat Diriku"


Bulan Muharam dijadikan sebagai permulaan perkiraan awal tahun baru islam, kerana pada bulan muharam, ALLAH s.w.t. telah meletakkan perbendaharaan yang banyak, terutamanya dia telah memberikan kejayaan kepada kebanyakan nabi dan rasul terdahulu.

Justeru,marilah kita bermuhasabah diri sempena awal tahun HIJRAH ini. Cuba berfikir sejenak, sejauh manakah kita telah menghayati islam sebagai "al-din" atau cara hidup yang lengkap,dan perkara-perkara negatif yang menyalahi aqidah dan syariah, yang masih mewarnai kehidupan kita disepanjang waktu? Muhasabah ini penting, supaya kita dapat menilai sama ada hak atau batil yang lebih banyak dalam diri kita. Kemudian, membuat azam baru ke arah perubahan yang lebih baik.

Hidup kita tak akan semuanya indah, kadang kala ada sedihnya dan kadang kala ade gembiranya. Ketetuan rezeki kita adalah anugerah dari Nya. Sama ada kita akan terima dengan redha seikhlas hati atau pun tidak.

Pengertian HIJRAH banyak maknanya kepada ku. Tidak kira keadaan yang bagaimana, tapi segala perubahan yang berlaku di dalam hidup ku adalah satu HIJRAH yang bermakna. 


Kepada kedua orang tua ku yang teramat dikasihi. Mereka pendorong HIJRAH ku yang amat bermakna di dalam hidup ini. Ku sedar pengorbanan mereka amatlah besar kepada kami adik beradik. tidak kira dari segi kasih sayang, wang ringgit, masa, tenaga dan kudrat. Ayah Mama terima kasih di atas segala pengorbanan  yang dicurahkan kepada kami. 

Aku sedar, pengorbanan mereka hanya akan dibalas dengan kejayaan kami adik beradik, penghormatan kami kepada mereka. Ayah mama mengharapkan keputusan peperiksaan yang baik, kerjaya yang bagus untuk anak anak mereka, jodoh yang terbaik untuk anak anak mereka yang empat ini. Doa ayah mama sudah termakbul untuk dua orang anaknya. Tinggal nasibku selepas ini bersama adik. Insyaallah ayah mama. Doa kalian berdua kami mohonkan. 

Perbetulkan diri, perbaiki diri, mencari segala salah diri adalah perkara yang ku lakukan. Banyak kesalahan yang ku lakukan kepada semua orang termasuk ayah mama. Aku cuba. aku cuba menjaga hati ayah mama agar tidak terluka, aku cuba jadi anak yang menurut perintah kata, aku cuba mendengar apa sahaja keluhan dan pandangan ayah mama. Aku tahu, mungkin aku lah satu satunya anak yang mendengar kata selain adik beradik ku yang lain. Ya!memang aku lah anak yang tidak banyak membantah tapi seorang yang sedikit cerewet. ayah mama,ku sedar belum tentu panjang masa hidupku ataupun belum tentu ayah mama panjang masa hidupnya. Kalau bukan anaknya yang mendengar semua kata kata, siapa lagi. 

Hari demi hari aku berubah menjadi anak yang lebih mnedengar dan menghormati. Aku tahu aku belum mampu untuk membalas jasa ayah mama. tapi dengan cara begini, sekurang kurangnya dapat aku balas walaupun hanya sedikit nilainya. Aku belum mampu membalas dengan wang ringgit, aku belum mampu membalas dengan kerjaya yang bagus. tapi apa yang aku mampu agar tidak akan sesekali melukakan hati ayah mama. 

Aku tahu segala larangan dan teguran ayah mama ada maksudnya ada tersiratnya ada kelebihannya. Biasalah hati remaja banyak merungut memberontak. Hati memberontak sudah pasti. Tapi fikir dulu, fikir panjang apa pesanan dan teguran yang ayah bagi. Mungkin itu yang terbaik. Ya! memang betul seggala apa yang mereka nasihati memang banyak betulnya memang banyak baiknya. Alhamdulillah Ya Allah kerna enkau masih memberi kami peluang bersama kedua ayah mama kami. Selagi mampu selagi hayatku masih ada, tidak akan sesekali aku membelakangkan ayah mama, Insyaallah. Siapa lagi yang paling penting selain mereka. Alhamdulliah aku bersyukur ke hadratmu Ya Allah, engkau menjaga baik kesihatan ayah mama kerna tidak ada penyakit yang hinggap kepada mereka walaupun umur mereka makin meningkat. Alhamdulillah.

Mungkin disini apa yang ingin ku sampaikan bahawa pengertian hijrah setiap orang berbeza dari pelbagai aspect. Bagiku pengertian HIJRAH hidupku adalah untuk kedua orang tuaku yang tidak putus putus mendoakan yang terbaik untuk anak anak mereka. Memperbaiki dari segenap diriku, berubah menjadi yang lebih baik, menjadi anak yang boleh diharapkan, menjadi anak yang lebih berdikari sendiri.

Ayah mama akan ku cuba dan mencuba menjadi anak yang baik menghormati mendengar kata kata mu. Mungkin suatu hari nanti , jika dikatakan jodohku ditentukan oleh kedua orang tua ku, aku terima. mungkin dengan restu itu, kebahagiaan menanti, mana tahu. Jodoh ajal pertemuan bukan ditentukan sendiri. boleh dirancang tapi melaksanakan adalah Yang Maha Adil dan Mengetahui.


 Aku akan terus berdoa agar Allah panjangkan umur orang tua ku sampai ku berjaya sampai ku mendirikan rumah tangga. Semoga ayah mama dapat melihat dan berkongsi kebahagiaan bersama. Aku teringin sekali memberi idaman ayah dan mama suatu hari nanti dengan hasil titik peluhku sendiri. Ya, memang ayah mama selalu berpesan, ayah mama tidak perlukan semua itu sebab mereka mampu membeli dan mempunyai semua itu sendiri. Tapi dengan cara itu sekurang kurangnya berkat dan restu itu penting sebagai seorang anak. Insyaallah ayah mama. Aku akan cuba. Doaku suatu hari nanti kejayaan akan ku kecapi. 

Ayah mama dengan mu jua aku mendapat ketenangan. Ayah mama tiada tolok penggantinya, tiada tolak tandingnya. mereka lah yang paling istimewa yang dikurnikan untuk kami adik beradik. Sifat mu ayah yang sangat pemurah sangat baik hati sifat mu mama sangat mengambil berat kami adik beradik. Ayah mama ampunkan segala kesalahan dan kesilapan kami yang bertimbun. Doa kalian kami pohonkan untuk meniti kehidupan ini.

Terima kasih ya Allah Terima kasih ayah mama.